1

Saturday, June 9, 2012

Natural, Trendy, Sophisticated, Glamorous

Ini adalah trend atau gaya yang menjadi pilihan ramai sekarang. Semua ape2 pun nak yang simple dan natural. Sememang nya makin nampak natural makin cantik, 'Natural Beauty' yang kita nak tonjolkan. Gaya make-up seperti ini sesuai di gayakan untuk semua majlis tanpa perlu risau adakah make-up anda keterlaluan atau terlalu menonjol. Make-up gaya ini amat sesuai bagi mereka yang sentiasa inginkan kesederhanaan, janji nampak manis di mata yang memandang.








Oh! She's young!, She Gorgeous! and She Trendy!...yup untuk gaya Trendy warna memainkan peranan penting. Sesuai untuk mereka yang berani mencuba warna-warna yang terang dan meriah. Gaya trendy juga lebih menekan kepada warna eyeshadow dan lipstick yang digunakan. Dengan gaya solekan sebegini membolehkan anda kelihatan muda, energetic dan fresh. Tak salah kalau yang berumur nak mencuba gaya begini janji kene pada tempat dan masa. Yang penting keyakinan diri anda, solekan boleh menunjukkan personalities.






Anggun, classy, dan Elegant itu la 'Sophisticated'. Sesuai untuk mereka yang ingin sentiasa nampak cantik, kemas dan matang. Gaya seperti ini selalu menjadi pilihan terutama pada Executive-executive muda sekarang. Penampilan yang menarik dan anggun memberikan lebih keyakinan pada mereka dalam melakukan sesuatu terutama apabila berhadapan dengan client ataupun Bos.










Berhati-hati apabila memilih gaya ini. Pastikan tempat dan masa adalah sesuai. Gaya "Glamorous" adalah gaya yang menonjol dengan penggunaan lebih banyak make-up yang mengandungi glitter-glitter yang amat sesuai untuk Nite party dan Fashion Show. Mungkin terlalu pelik atau tak kene jika anda gaya kan semasa ke office. Confirm ada yang mengata anda giler glamer ^_^. Tapi Kalau kene pada tempat nya anda lah Diva of the night.







Sumber : FCCMSIA